Tentang Kami
42Penang menawarkan peluang pendidikan yang tiada tandingan kepada sesiapa yang tinggal di Malaysia tanpa mengira status sosioekonomi dan latar belakang pendidikan. Konsep ini telah menerima sambutan yang luar biasa di 54 bandar di seluruh dunia, dari Asia Tenggara hingga Amerika Utara, dan kini kami bersedia untuk menjadi pelopor perubahan dalam pembangunan bakat teknologi ini di Malaysia.
TAN SRI DR. JEFFREY CHEAH AO
Founder and Chairman, Sunway Group
42 di Malaysia akan membantu membina landasan dalam membentuk Malaysia sebagai ekonomi digital terkemuka di ASEAN. Kerjasama ini juga adalah satu bukti komitmen kami terhadap 17 Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-SDGs). Kami sedar bahawa merealisasikan UN-SDGs bukanlah tanggungjawab kerajaan semata-mata. Ia memerlukan komitmen dari semua sektor - sektor swasta, akademia, masyarakat madani, dan tentunya setiap individu. Kerjasama antara institusi pendidikan Sunway, MDEC, rakan industri, dan Ecole 42 adalah contoh terbaik yang mencerminkan falsafah ini.
PROF. ELIZABETH LEE
Chief Executive Officer, Sunway Education Group
Sementara kami di Sunway terus berusaha untuk menyediakan pengalaman pembelajaran berkualiti, kami sepenuhnya menerima teknologi baru serta cara-cara baru dalam pendidikan dan pembelajaran. Di samping kerjasama dengan industri, adalah hebat bahawa pendekatan pembelajaran berasaskan projek dan rakan sebaya 42 Malaysia disediakan secara percuma dan terbuka kepada semua. Saya percaya, dengan jalan pendidikan alternatif dan inovatif ini, kami dapat menjangkau dan merangkumi golongan pelajar di seluruh negara dari pelbagai latar belakang yang belum terserlah potensinya.
Falsafah
Pendirian untuk kebaikan masa depan
Lebih daripada latihan biasa
Komuniti Kami
Kami percaya bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk belajar ilmu koding dan bekerja dalam bidang IT. Kami menolak stereotaip gender dan menyambut profil-profil yang tidak konvensional serta individu yang ingin mencari jalan dari laluan biasa, atau dari latar belakang yang kurang bernasib baik. Kami memerangi diskriminasi setiap hari. Kepelbagaian adalah kekuatan yang membolehkan kami menghadapi cabaran yang semakin berkembang bersama-sama.
Kampus Kami
Kampus kami terletak di hati Zon Warisan Unesco Pulau Pinang.